Wednesday, December 21, 2011

Hai hai hai...tadi log in sekadar menjenguk habuk uhuk follower yang masih takde huhu. Ah tak kisah.
Apa yang aku nak update?
Pasal kerja lah. Berapa hari lagi akan dapat gaji yang kedua. maksud nya lebih kurang dua bulan dah aku kerja dekat Secret Recipe. So far, besh aku kerja kat sana. Bagi aku tak kisah la aku kerja mana-mana pun, yang penting aku akan meng-enjoy-kan diri aku. itu yang penting kan. Kalau korang tak enjoy dengan kerja yang korang buat, tuh la ade kes berhenti, lompat2 kerja. Sebab tuh aku memang memilih kerja. kalau aku rasa aku tak boleh nak buat kerja tuh, aku tak akan apply. memang ada sebahagian daripada kerja aku sekarang yang ada masa tak suka nak buat, tapi aku tolak tepi. kalu asyik pikir je memang da berhenti la. lagipun kat mana-mana pun memang akan ada masalah. terpulang kat diri sendiri je macam mana nak handle.

Aku start as a waitress. Kerja waitress biasa lah ape lagi ambil order la. pastuh hantar makanan, layan kerenah customer, sediakan apa yang dorang nak, sorang nak sos cili, sorang nak black pepper, sorang nak bill...kerja memang berlari-lari. 3minggu pertama kaki aku sakit. mungkin kejutan kerja. Yelah sebelum nih kerja duduk je, tangan je yang berjalan. sekarang amik kau. kedai aku pulak 2 tingkat. Mahu kejap naik atas pastuh turun bawah lak. walaupun penat, tapi aku suka. aku enjoy. bila enjoy tak terasa sangat lah penat. dapat pulak staff semua yang ngam, yang 1 kepala.

Tempat aku buzy time lunch hour. located dekat tengah-tengah deretan bangunan pejabat. customer pulak memang banyak peel. yang ok tuh ok lah. nih yang kerek. bajet bagus je. aku tahu la dorang memang patut dapat layanan tapi agak-agak la. kedai aku bukan nya hotel 5 bintang. ingat 1 waitress serve 1 table je ke. huhuh. bengang. tapi tuh la cabarannya. bengang aku sampai kat situ je. walaupun esok customer yang sama datang, aku serve macam yang baru datang. past is past. cuma note in mind lah this kind of customer. so aku takkan ulang salah yang sama.

Staff pulak. i got the besh team so far. hehe setiap staf ada lah perangai dorang yang pelik-pelik sikit. tapi aku boleh masuk lagi. bergaduh time buzy pun perkara biasa, bila da habis lunch hour, kiteorang ngam balik. aku tak paham untuk orang yang suka amik hati lama-lama. bagi aku tak kisah la kalau kau rapat mana pun dengan ketua kau atau mana-mana staf lain pun, tapi bila time kerja be a professional lah. standard la kalau salah kena marah. well lain orang lain cara kan. aku masih belajar tentang sikap-sikap manusia. uniknya ciptaan Tuhan.

Kalau nak ikutkan, outlet aku tak cukup staff. total of 8. aku waitress kadang-kadang tolong cover cashier dan cake counter. ni lah yang aku kata berlari-lari tuh. kadang-kadang tolong buat air. yang senang-senang je lah hohoho. masa aku baru 2 minggu masuk, sorang staff kitchen berhenti. tinggal 7. pastuh 2minggu kemudian masuk pulak staff dekat barista. pastuh 1 lagi staf masuk kitchen tapi kerja 3 hari je. tak tahan kot dengan ke-busy-an kedai. kurang balik staf. pastuh 2 minggu lepas berhenti lagi 2 staf. aku dari waitress tukar jadi cashier + cake counter. 2minggu lepas memang strunggle betul lah. dah la dengan weekend punya function. but last week masuk lagi 3 staff. phewwww...Tuhan simpati dengan kami. alhamdulillah.

Esok aku kerja. hari ni aku cuti. tak sabar nak masuk kerja sebab hari nih sehari suntuk aku mati kutu tak tahu nak buat apa. minggu-minggu lepas bila cuti je ada hal keluar dengan mak. tapi hari ni mak dengan Aisyah pergi tidur rumah kak Aza. bangun pagi sebab terkejut dengan mimpi yang sangat indah..hurmmm kalau dapat jadi kenyataan...basuh kain, keluar lunch dengan ayah, balik rumah sambung online bla bla bla, sambung tido bla bla bla, bangun  mandi, bergayut dengan anis jap, pastuh sambung online balik bla bla bla. kerja rumah lansung tak buat. YE AKU MALAS. sekian~

No comments:

Post a Comment