memang pun. Its not garang tapi tegas. ramai orang mempersoalkan kepayahan untuk dapatkan lesen. Aku pun memula camtuh jugak. baru sekali dua bawak kereta, rasa macam dah pro. rasa macam da 10 tahun bawak 'ala kacang je'. memang rasa senang je bawak kereta. bila da tahu basic, macam mana nak tukar gear, bila nak tekan clutch. suma nih senang je bila da taw. kalau nak ikutkan sekarang ramai yang tahu bawak kereta walaupun baru bawah umur. Tapi berapa ramai yang ingat dan tahu nak kawal kereta bila da berada dalam keadaan yang panik? daripada 10 mungkin 2-3 orang je.
Pakcik Mazlan yang jadi pengajar aku cakap ramai sebenarnya yang bawak kereta motor kat luar sana, bertahun2 dah jadi driver tapi sebenarnya masih takde lesen. kenapa?? bukan sebab gagal dengan JPJ tapi gagal dekat exam komputer. macam mana nak gagal JPJ kalau exam pun tak lepas kan. Aku punya markah cukup2 makan je 43/50. bolehlah kan heheh. Exam komputer nih tak susah tapi mengelirukan. Kalau korang tengok balik la buku undang2 tuh kan, kalau korang baca balik sebenar je purata 5-6 soalan mempunyai 1 jawapan yang sama. soalan tuh dorang putar belit je. buku pun korang tak payah baca sangat, yang penting sebenarnya korang baca soalan2 yang dibagi. pasti korang lulus. aku dengar ada yang ambil exam nih sampai 6-7 kali. sedihnya, kelakar pun ada gak.
Aku dapat sesi pertama masa test dengan JPJ. nombor giliran 20 tapi masa daftar, ada 2 orang lambat so skip dapatlah no 18 .mula sekali buat bahagian 2 iaitu bukit, parking dan 3-pointer. Masa memula relaks sangat. macam takde perasaan. cuma bengang aku dengan budak2 perempuan kat belakang aku, setiap seorang dorang komen. tak tarik handbreak la, tak masuk gear la bla bla bla. orang2 macam nih cakap je pandai, bila sampai turn dia, gelabah beruk jugak. aku nak tenangkan diri pun tak boleh.
"No 17 dan 18"
Fuiiii, masuk kereta betulkan seat dengan cermin depan. tekan brek, turun handbrek sebab nak bawak kereta sampai line putih kat depan. ok naik handbrek. eh eh ketat giler handbrek nih weh!! sampai dua tangan aku guna. camna nih??? dah la bukit nih, kang aku tak dapat tarik handbrek habis tak pesal2 kereta undur balik huhu.
"encik, handbrek saya nih ketat giler!"
"yeke, takpe buat pelan2""huhu"
"18 jalan!"
Wooo...apesal kereta nih, nasib tak mati enjin. jalan jalan jalan brek! habis aku tekan clutch dengan brek dan dengan susah payah pakai 2-2 tangan tarik handbrek. fuhhh
"Ok jalan!"
Yesh! lulus dah bukit. aku sign dan collect form dan jom bergerak ke parking pulak! excited!
Dah sampai parking, kasi form. kat sini nak mula nih 2kali aku mati enjin. aishhh baru nak mula da buat hal. takpe2, tarik nafas turun nafas. ok! kat parking aku ambil masa 2 minit. lulus jugak yer ehehhhe! muka aku memang kembang giler masa lalu depan bebudak yang tengah tunggu turn hahahahha. tinggal bahagian 3 iaitu jalan raya.
Duduk dulu la dalam 30 min baru sampai turn aku. dekat sini memang kelakar la. malu pun ada jugak. masuk2 je dalam kereta nampak JPJ lelaki. hansome. aku da cuak da nih sambil perah2 otak ingat apa yang kena buat. Check signal kiri kanan kecemasan, ok. check wiper, ok. pasang seatbelt, betulkan seat, adjust cermin. tapi aku pelik kenapa wiper nih tak berhenti lagi. aku da tolak atas bawah da. ya Allah macam mana nih??? maka dengan muka tebal...
"Encik, macam mana nak berhentikan wiper nih?" <---nih memang buat muka innocent giler
Teruskan perjalanan. masih ok lagi nih. sampai dekat exit kena berhenti, free gear tarik handbrek. tengok kiri kanan. ok clear water no boya. dekat sini bukit so nak jalan tak payah tekan minyak. cantik dah aku masuk jalan raya. aku tekan minyak, tak laju pun. aku tekan minyak lagi, aikk pesal tak laju gak nih. aku nak tukar gear da nih. sekali tengok "adoi lupalah nak masuk gear tadi!!" ceepat2 aku masuk gear 1, tekan minyak pastuh terus masuk gear 2 dan seterusnya 3. aku tak tahu lah kalau JPJ tuh perasan ke tak aku tak masuk gear tadi huhu. cuak betul lah!
Bila da betul2 tengah jalan raya tenang sikit aku. yang JPJ nih pun senyap je. suka hati ko la labu, asal aku tenang. sampai dekat kawasan untuk U-turn, macam tanah lapang, masuk dan berhenti sebelum masuk balik jalan raya free gear tarik handbrek. fuh! ok tengok kiri kanan, masuk gear dan ....enjin mati lagi !
"Cepat masuk jalan!"
Bersuara dah. aku time nih memang dah cuak giler. start balik enjin, masuk gear dan ....enjin mati lagi!
"Tekan banyak sikit minyak tuh. cepat masuk jalan!"
Arghhhhh...aku da tekan minyak lah! lutut aku memang da ketar dah nih. tangan menggigil habis huhu.
"tekan je minyak lebih, awak nak takut kenapa. dah separuh jalan ni elok je, kalau nak fail baik dari awal tadi"
yahhhh! tak boleh fail! fuh. fuh. fuh. relaks. ok masuk jalan.
"alhamdulillah"
Kalau sebab camni, memang patut lah ramai orang cuak dengan JPJ. aku ingat dah setel da. bila nak masuk balik pusat latihan nih, kena mendaki bukit, so aku turun je la ke gear 2 sebab aku tengok takde kereta kat depan. Vroommm... mak! sampai separuh bukit boleh pulak mati enjin! huwaaaaaa....
"Kenapa awak tak pakai gear 1?"
"Boleh je kan kalau pakai gear 2?" <---aku pun taknak kalah!"Dah tu kenapa slow je tekan minyak?"
"Saya dah tekan minyak da."
Lupa yer nak cakap, untuk bahagian 3-jalanraya nih pakai kereta Myvi dengan aircond yang terpasang. Selalu aku praktis pakai kancil dengan tingkap yang terbuka sahaja. harap maklum.
Lepas da parking balik...
"Aishhh awak nih. awal2 tadi dah ok da"
"Kereta nih lain la. saya dah tekan minyak da."
"Apa2?? jangan nak salahkan kereta pulak. awak tuh yang salah" <---time nih memang ber-argue lah dengan JPJ hensem nih, sib baik ensem"Ok Ok. habis saya fail lah ni???"
"Tak. awak lulus"
"Terima kasih encik!"
YEAH!