Tuesday, October 18, 2011

Kepenatan

Blog oh blog. Baru nak berjinak2 manja dengan 'che belog' tapi....
tuh je aku nak cakap. Motip? Terang2 takde idea la nih. nasib baik otak nih tak boleh bawak keluar, kalau tak nasib dah diperah2.

Garu2 kepala cari idea nak menulis. Ok rambut aku sekarang dah pendek. pendek boycut. Yer pendek. Rasa sedap je, ringan kepala. Goyang2 kepala ala-ala model tapi takde pun rambut yang kena dekat muka. rasa macam botak pun ye jugak. Lama dah aku nk potong rambut tapi rasa sayang sangat, yela penat aku membela nyer. pastuh lak rambut macam da rosak. kalau rasa helaian rambut tuh takde yang licin. mesti bengkak-bengkok pastuh ada bonggol2. paham tak? inilah masanya nak menguji imaginasi korang. Guna sekarang.

Maka pergilah ke kedai gunting rambut. kedai gunting rambut, hurmm dengar murah kan tapi aku kena caj rm45. mahal giler! Baik aku pergi salon yang betul2 salon. INFO TEPI: aku da tanya dah harga dulu, memang terkejut la beruk aku kat kampung, tapi sebab aku da nekad yang aku mesti potong jugak hari nih. berkobar2 tahu. maka dengan kebodohan yang ada, aku bayar la jugak. nak kutuk sila, tapi jangan lebih2 .

Aku pun dah kerja baru. Waitress dekat Secret Recipe. Kat mana? Kat mana korang nak, boleh pilih. Penat beb! Bukan penat ramai orang, tapi penat berdiri. kalau ramai orang lagi aku suka, sekurang - kurangnya penat tuh tak terasa sangat sebab duk berjalan je. Ini bila berdiri saja, tapak kaki sakit sebab tekanan menampung berat keseluruhan badan. Wahhhh skema habis kan...ngeh ngeh ngeh. Kesan berdiri dapat la aku kaki yang bengkak. dan jalan pun, cara melangkah pun aku rasa macam dah pelik. kesan berdiri lama jugak nih. Maka tindakan yang cepat dan tepat perlu diambil dengan langkah segera!

"MAK! Belikan pelekat yang untuk lenguh - lenguh badan. terima kasih!"

Tapi aku bukan pakai dekat bahu yer walaupun bahu adalah anggota yang banyak memainkan peranan. Angkat dulang, angkat dulang yang ada air minuman, makanan, pinggan kosong dan apa2 yang berkaitan. Ehem. Lupa. angkat meja, angkat kerusi. kedai tuh je aku belum sempat angkat lagi.

 Inilah rupanya. Panaflex aku potong empat. Setiap tapak kaki tampal 2. pastuh pakai stoking dan tidur. nikmatnya tak terkata, alhamdulillah. Tapi masalah aku bila aku letih + mengantuk sangat susah pulak nak lena. macam2 la datang dalam kepala otak aku nih. macam ada roll filem yang tengah berpusing. cerita apa pun aku tak tahu. bila lena pun aku tak sedar. Tapi sedap taw tidur pakai stoking. korang patut cuba. aku tak reti nak terangkan dari segi sains tapi yang pasti ada kebaikannya. kalau nak tahu jugak boleh tanya pakcik google.

Hah...berbalik pada topik utama. Baru kan aku nak berjinak2 manja dengan blog, sepatutnya harus aku rajin update, tapi memandangkan aku sekarang dah bekerja dan tiada pula kemudahan internet maka, aku tak dapat lah nak meng-up-date selalu. Paling kurang pun seminggu sekali. Nih lah kali pertama aku cuti sejak aku berkerja. Jadi jumpa lagi next week.

Teka - teki: Esok aku kerja shift pagi atau petang?

Fikir2 kan dan selamat beramal. Daaa~

Tuesday, October 11, 2011

Tunang

Nak cerita pasal tunang pulak. Apa definisi tunang? Pakcik google tanya paksuu yang sewa tanah die, paksuu nih cakap TUNANG bersamaan dengan ENGANGED. kalau nak rasa alim dalam bahasa arab pula ialah KHITBAH. maksud? Apabila seorang lelaki menyatakan keinginannya untuk berkahwin kepada wanita yang ingin dikahwininya dan wanita tersebut menerima keinginan tersebut. Boleh juga dikata sebagai permulaan kepada perkahwinan/pernikahan. Perkenalan antara pasangan. Fuhhh

Tetiba timbul cerita nih sebab lately nih ramai yang bertunang. Hujung2 tahun ini memang musim. Aku rasa macam tak percaya sebab sebab sebab. banyak sebab. Ok kira macam nih, aku dah 23 tahun. aku pun tak sangka! aku rasa macam baru semalam aku umur 17. macam baru semalam aku balik dari sekolah. So bila kawan2 aku nih tunang, aku rasa macam "Eh kau baru 17, kita baru je abis kelas tambahan add math tadi apesal tetiba kau kenapa dah nak tunang????". boleh tak korang faham perasaan aku? kan kan. nih baru yang tunang. kawan2 aku yang dah kawin dan dah beranak pinak tu macam mana lak??? jatuh rahang aku.

Bukan lah aku nak menidakkan jodoh dorang yang datang guna ferrari tu, aku sangat gembira untuk kawan2 aku. aku tak pernah kira umur aku. tuh la pasal aku rasa macam asyik tersekat kat zaman sekolah lagi. mungkin kan. besh kan kalau dapat ulang balik zaman sekolah dulu. korang pun mesti teringat jugak kan kan hehe.



Ini Aqma. Nur Aqma Shahiedatul. Tarikh keramat pada 1 Oct 2011. Sama sekolah rendah tapi time tuh kenal nama je. Pastuh masuk ARGS masa form 3 baru rapat. dengan Lidia sekali. rapat sampai kiteorang plan nak duduk sama lepas habis sekolah. nak sewa rumah bajet lepas sekolah tuh duit terus turun dari langit la sampai tak payah kerja hahaha.



Ini Yanti. Nama penuh Yanti Muneera. Tarikh keramat 9 Oct 2011. Sama sekolah rendah. sama kelas 6Jaya. sama kepala gila masa tuh. campur Azwa sekali. dulu budak kelas kata kalau tengok dari belakang, tak boleh nak kenal mana aku mana Yanti. dulu ada kelas komputer. dekat komputer sekolah tuh kiteorang buat satu file nama YANAFAZ a.k.a YANti, AFza, AZwa. haaa memori~



Ini Fiza. Norhafizah. dia orang Sabah. bila bercakap dengan dia mesti aku pun terikut cakap sabah. Tarikh nya 9 Oct 2011. kenal masa dekat kolej. kiteorang satu kos. architecture. bes time kolej! stay sampai pukul 3pagi buat assignment. bukan buat sangat pon berborak je lebih hahaha. ini pun kepala gila jugak + kepala kreatif. kalau tak takkan boleh nak reka bangunan kan..heee

Kawan2, aku happy untuk korang. harap kekal ke anak cucu. Mungkin kita da tak selalu kontek, mungkin juga tak kontek lansung kan heheh, tapi ...aku tak tahu nak sambung apa.  Masa ni lah aku rasa yang facebook tuh sangat berguna. rindu korang. sekian~

Wednesday, October 5, 2011

Bosan?

Bosan. Boring. Bored. Bo ape lagi??

Selalu kan jumpa perkataan nih. Lagi2 dekat status FB. sikit2 bosan. itu pun nak post. Memang aku pun kadang2 hampir nak tergelincir post macam tu, tapi nasib baik tak. Apa tujuan mereka2 meletakkan post macam itu? Adakah sebab mereka memang dalam kebosanan? atau nak mencari perhatian? lihatlah ayat2 aku hehe.

Betul ke mereka tak ada benda yang nak dilakukan sampai post macam itu? Kenapa tak mencari kerja2 yang boleh dibuat untuk hilangkan kebosanan mereka itu? Banyak benda sebenarnya yang boleh dilakukan. Contoh pergi mandi ke, pergi jogging ke, baca buku ke, surf internet ke dah alang2 tengah online kan, kemas rumah ke, kan. Banyak saja benda yang boleh buat tapi ada satu je yang menghalang iaitu MALAS. 

Setuju kan? Aku setuju. Banyak yang aku boleh buat bila aku tak kerja nih. Aku boleh lipat kain, aku boleh kemas bilik, dan macam2 lagi yang boleh. TAPI AKU MALAS. adakah aku tengah menulis dalam keadaan bangga?? no no no. Ini kenyataan. Semua orang ada sifat malas dalam diri. beza tebal atau nipis je sifat kemalasan itu. beza pada individu yang pandai menggunakan akal untuk mengawal sifat malas itu. aku nampak serius kan. tak takut ke?

Berbalik pasal mereka2 yang  asyik kata life membosan kan. Kau, kawan kau yang duk kat sebelah itu, tak pun kau yang pakai T-shirt belang2, mungkin cik abang yang tengah duduk bawah kerusi itu. Korang L.O.S.E.R. yup. just admit.

Hidup ini sangat indah. cantik. dan kau bohsan?? Kau ada akal yang pendek = kau tak fikir panjang. Bila kau berada dalam keadaan yang tak berbuat apa2, terus kau kata hidup kau bosan. tak tak. hidup kau tak bosan. Engkau itu, diri engkau yang bosan sebab kau tak kreatif. kau tak pandai nak cari atau buat sesuatu untuk hidup kau. kesian.

Apasal?? Kau terasa? Siapa yang masuk dalam air, dialah yang basah. 

Baik. aku basah. aku basah kuyup. Jadi sekarang aku kena cari dryer. atau patut aku duduk je bawah matahari? Mana satu yang lagi bangang?