Thursday, September 29, 2011

Jalan - Jalan Cari Kerja

Hari ini. hari ini. hari ini dengan malas nya aku keluar rumah untuk mencari kerja. Nampak tak berapa banyak aku punya hari. Melambangkan hari2 yang lepas adalah hari2 yang sepatutnya aku keluar untuk cari kerja. Sejak dah 2 bulan menanam segala bijih yang boleh ditanam, huhu memang la nak keluar! Tapi duit da makin susut. Bayangkan lah pepatah tuh ditukar, "tiap-tiap hari tarah pun tetap jadi bukit" sedap kan hahaha. kalau cenggini lah gayanya, masyukk!

Aku dengar cerita ayah nak pergi Keramat, so ingat nak follow, boleh jimat duit bas. Waktu2 darurat macam ni, lebih baik cari akal supaya duit2 nih tak terlepas keluar dari kandang poket. Ingat nak keluar awal, maka aku dengan semangatnya bangun pagi2 takut terlepas ayah. waktu sekolah dulu pun tak pernah aku semangat bangun pagi camnih. Sekali lambat sikit sebab? si Siti Aminah nih tunda ke pukul 2pm. sape lak Siti Aminah nih? agen Wonderland, Wonderland  kami datang..membantu anda dalam kesusahan..huhu. membantu lah sangat. membantu perabih duit orang. sampai tak bertegur sapa orang dalam umah nih. OoOoo mase nak sale laju je ko datang, bila da pasang lambat2 lak. well, apo nak dikato, bising2 aku kat sini pun, tiang jet tuh terpasang dekat uma. nikmatilah selagi boleh.

Ding dong keluar rumah pukul 345pm. Ayah drop aku dekat Stesyen LRT Datok Keramat. Beli tiket pergi Ampang Park. Sebenar nya aku da aim nak minta dekat San Francisco Coffe dekat bangunan Citibank atau Secret Recipe di Bangunan MCA. Perkara utama yang aku pertimbangkan untuk kerja baru ni ialah:-
  1. mesti dekat dengan perkhidmatan awam (senang nak balik. kalu balik malam lak selamat sikit, tak perlu jalan jauh2)
  2. mesti kedai makan eg. fastfood (senang aku dapat makan, boleh save bajet haha. selain tu time aku kerja, aku memang buat kerja. kalu promoter, berdiri je aku tak suka. letih sebab berdiri)
Masa depan Apang Park, aku ushar je dari jauh. dalam kepala nak pergi ke tak. 2-3 minit pikir, tak pelah jalan ke depan dulu. Jalan  sampai depan S.Recipe, jenguk2 lagi. aiyoo pesal aku rasa segan nih??? takpe lah, jalan je dulu. Jalan jalan jalan sampai Avenue K. hurmm cuba cari kat dalam nih pulak. Sampai bawah nampak S.Recipe lagi. Nak masuk ke tak? Takpelah, jalan dulu. nampak pulah Subway. Intai2 macam intai Edward Cullen mandi. tak jugak masuk. takpe jalan depan lagi. jalan jalan jalan tinggal foodcourt je huhu. Pusing balik. apa yang dijenguk, apa yang diintai semua pun tetap tak masuk duhhh. Keluar balik A.K tapi blur nak pergi mana lagi. KLCC?? Seboleh2 nya aku nak elak kerja sana, malas nak terserempak dengan staf CSKL. Pusing2 depan A.K last2 masuk balik.

Lapar lapar. Tadik brunch makan roti canai je huhu sedih. Menapak la pergi KLCC sambil mata meliar, tangan tutup muka sebijik macam penjenayah. Ni sume gara2 tak nak terserempak dengan sesiapa, malas nanti tanya macam2. Singgah Roti Boy, beli tayar beskal. sedap. produk dorang yang baru, kalu korang pergi sana nanti jangan lupa cuba taw. mesti korang kena pelampang utara-selatan haha. uhuk. 

Duduk dekat taman, cantik pemandangan. ini serius real punya pemandangan. Agak2 dah kematu punggung nih, gerak lah naik atas pulak. Restoren2 KLCC semua kat atas kan. Nampak kedai Baskin Boy. buat2 lalu depan tuh, buat2 tengok henfon tapi takde pun tanya jugak huhuhu. susah jugak cari kerja nih arghhhh!

Malas lah aku, balik pun besh jugak. Karang singgah jumpa Roza, boleh bergosip2. Dari KLCC jalan kaki ke Ampang Park. singgah S.Recipe. 10min aku berdiri kat sebalik tiang huhu. masuk! masuk! masuk! 
Berjaya juga aku memasukkan diri dalam tuh. Isi borang terus kena interview. Memang nak pakai orang pun tapi Manager tuh kata dia akan call aku dulu untuk confirm kan. Gembira nya tak terkata! kan senang kalu dari tadi aku da masuk kan kan. Habis S.Francisco ape cerita?? aku tak masuk pun. Mengharap dekat S.R nih hehe.

Balik singgah jumpa Roza. sekali dia tanya aku nk kerja tak? Adik dia kerja dekat Kinokuniya. Alamak pesal lah ko tak cakap awal2, boleh tak aku berubah fikiran dalam sekelip mata?? huhu. walaupun aku suka makan, tapi aku pun suka baca buku, susun2 buku, tambah lagi Roza cakap seminggu 2x kali cuti. gila tak gila kan. selalu kedai yang open 7 hari seminggu nih cuti seminggu sekali je. Maka aku pun berdoalah, berilah aku kerja yang bersesuaian dengan aku *harap2 kino!* amin...HAHA

Monday, September 19, 2011

(Samb) Majlis Cukur Jambul Nur Izzah

Marhaban belah perempuan habis dalam pukul 1145. Bahagian lelaki pulak sebelah tengahari.


Super Abah, Zul

Gamba nih kak Azah yang snap. Dia snap gamba laki die jer, maka nih je la yang aku post..


Dan super-kawaii Nur Izzah........*drum roll*

 Tadaaaa...sayang Izzah 24jam!


Matanya besar, pipi macam pau harga RM1.50, dagu tajam nanti dah besar tak payah susah2 nak cucuk2...ekekeke

Makan makan makan. Part nih memang yang ditunggu2, lagi2 zombie yang lambat bangun dan terlepas sarapan nih huhu...takde pic yang sempat di snap sebab sibuk melantak. Macam mana tak rakus kalau menu dia -
  • pulut kuning
  • kari ayam
  • masak lemak nenas ikan masin
  • ayam goreng
  • sambal udang
  • rojak sayur
  • kerabu mangga...*perghhh, nih memang marbeles giler!*
  • bubur cha-cha...*nak makan kena joget dulu*
  • kuih lapis
  • kek marble
  • puding dan puding *tak tahu nama sebab tak sempat nak jamah*
  • last air sirap
NYUM...thumbs up!

Zahin yang da reda angin. Lari ke depan, baling selipar, main kejar2, main measuring tape nenek *mane dia dapat pun tak taw*, golek2 kat karpet, lari2 lanyak Mak-Usu-belah-Zul. Abah dia marah, dia buat dekk je, last resort si abah, Zul bagi dia main iPad, baru lah Zahin duk diam. Korang tengok, zaman aku dulu ayah jeling je, terus menyorok bawah ketiak mak. Sangat jeles hokkay!

 Umi Aja dan umi Aisyah 
*kiteorang main game kat iPad pun Zahin yang ajar huhu*


super-mak, super-nenek, supir super-umi

lupe pulak...Zahin, umi sayang Zahin 27jam!


Saturday, September 17, 2011

Majlis Cukur Jambul Nur Izzah

Lambat! lambat!

-flashback-
ayah: hey Ja! ko ikut tak pergi nih?? Kate nak keluar pukul 9am. sekarang dah pukul 9!

Fuuiiii...melompat aku bangun. kepala pusing pun bangun jugak lah. Mau kena bambu nanti. Nasib baik jugak malam tadi sebelum tidur aku da mandi . motif cerita mandi sebelum tidur?? . Mandi pukul 130am, tidur pukul 230. Tempoh tidur 6jam 30min. MAKSUD nye pagi nih boleh ler aku mandi ala kadar je hahahha!

Mak, tolong gosok baju

Pung pang pung pang pung pang. Tepat 9.45 keluar rumah fuhhh. Sampai pukul 1030. Nasib baik jalan tak jammed. Ke ayah bawak cam rempit?? Dari Batu Caves ke Balakong biasa nye dalam sejam  la jugak. Hentam! Janji sampai. sebenarnya dalam kereta masih menikmati sisa2 ngantuk. Marhaban baru mula pukul 1015. Alhamdulillah selamat sampai dalam keadaan sekeping.


Anggota marhaban yang comel2 belaka



Aisyah, pembantu segera. taw2 je kena angkat dulang yang super berat nih. Menggigil akibat tak sempat sarapan. Padah bangun lambat jugak!


 Baju hijau dekat speaker adalah si abang, Zahin






 
Super duper emak, Azah

Wednesday, September 14, 2011

Budak baru belajar 2

Wahhhh. Aku rasa hebat hari ini. dapat belajar benda baru. Sambil godek CSS pandang belakang tengok Smile Mummy, 5minint CSS, 10minit Smile Mummy jangan terkehel leher nih sudah. teehee~

So, ape yang aku belajar hari ini?? besarkan ruangan entry, tukar kaler link, hover, visited and so on. Cuba nak letak gambar dekat header tapi masih fail. Tensen aku! salah benda nih susah ke atau salah aku yang lembab??

Tanya2 pakcik Google, pakcik google asyik sepaking je, pastuh tak jumpa site yang banyak membantu. Mungkin keyword tak kena kot. Alih2 godek je dekat blog Mr K. Aktiviti menggodek sampai ke 2009. Kalau la blog nih rumah memang da lama aku kena saman sebab menceroboh, hahahah.

Anyway, kenapa Mr.K? sebab aku suka baca belog dia. Penulisan dia sampai terus ke jiwa. Ehem. Senang cerita, senang la paham apa yang dia cuba sampaikan, takde melencong mana2. Entry2 dia pun menarik teh tarik memang sexy. Korang boleh la singgah sempena bulan Syawal nih untuk mengeratkan lagi ape2 yang patut. Erm...pujian nih asli datang dari aku walaupun aku belom khatam lagi belog kau, Mr.K.

Ok, cukup dengan Mr K. kang korang ingat aku nih tangkap cintan dengan dia pulak. Tapi Hey, kalau orang lain buat sesuatu yang bagus, memang patutla dia dapat kredit kan. Ok ok ok, paham. cukup.

Aktiviti belajar berhenti seketika di sini. Perut da ready nak buat konsert. Mak da suruh masak nasik.

Budak baru belajar

Blur sungguh la kepala aku. Dari pukul 10pm asyik godek2 macam mane nak bagi blog nih nampak menarik. Melompat dari satu site ke satu site, terasa kepale nih da mula lemau. macam mane la nak sambung belajar ..Oh tidaks! Aku bab2 bace membace nih memang lemah lutut.

Takpe2. Fighting! sambung esok..hahha. malas aku nak godek2 lagi.

Tuesday, September 13, 2011

Welcome

Hai

Selamat Datang ke Dunia Blog!

thats for myself..hehhe. harapan dapat memeriahkan lagi alam maya ni.

The More The Merrier...yay!